Header Ads Widget

Perintah berbuat Ihsan kepada semua binatang

Islam mengajarkan umatnya untuk berbuat ihsan kepada semua makhluk Allah swt termasuklah juga kepada hewan. Berbuat baik dan menjaga kebajikan kepada semua hewan termasuk hewan yang bernajis berat, dan dihitung sebagai berbuat baik kepada binatang dan mendapat pahala di sisi Allah swt.

Diriwayatkan bahwa para sahabat bertanya:

‎يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا

"Wahai Rasulullah saw, adakah bagi kami atas perbuatan terhadap binatang juga ada pahala?"

Rasulullah saw bersabda:

‎نَعَمْ فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

"Benar, bagi setiap hati yang basah (bersikap rahmah) ada pahala" (HR al-Bukhari)

Di dalam hadis yang lain, Baginda saw apabila menyuruh dalam sembelihan, baginda akan memastikan supaya memperbaiki (tidak menyiksa) sembelihan, karena ia sebagai satu ihsan kepada binatang. Rasulullah saw bersabda:

‎إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

"Sesungguhnya Allah swt telah menetapkan ihsan ke atas semua urusan. Apabila kamu membunuh, maka bunuhlah dengan baik. Jika sekiranya kamu menyembelih, maka perbaikah sembelihan tersebut. Tajamkanlah alat sembelihan dan istirahatkanlah heean sembelihan tersebut" (HR Muslim)

Bahkan siapa yang menzalimi binatang atau melakukan pengabaian dalam hal berkaitan penjagaannya, boleh menyebabkan seseorang itu ditempatkan ke dalam neraka. 

Hal Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Sayidina Abdullah bin ‘Umar r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:

‎عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ

"Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya".

Beberapa perbuatan zalim yang dilakukan oleh perempuan ini kepada kucing tersebut disebutkan di dalam sambungan hadis di atas iaitu dikatakan kepadanya:

‎ لاَ أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلاَ سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا، وَلاَ أَنْتِ أَرْسَلْتِيهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ

"Kamu tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika kamu mengurungnya. Begitu juga kamu tidak melepaskannya sehingga dia boleh makan serangga yang berada di tanah" (HR al-Bukhari)

Posting Komentar

0 Komentar